Adat Resam Kepercayaan Masyarakat Jawa

Gambar Hiasan

KEPERCAYAAN merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Islam. Namun terdapat juga yang menganut agama Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang menganut agama suci Islam. Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji, masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain amat mementingkan aspek persaudaraan. Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. Terdapat juga segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme.

Amalan ini dianggap sebagai satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa walaupun telah menganut agama Islam. Amalan ini lebih menekankan tentang aspek makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu, adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan bangunan.

No comments:

Post a Comment