Implikasi Kepada Sosiobudaya Aktiviti Kokurikulum


KORIKULUM dirujuk sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi pengajaran dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu.
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum. .
Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercangah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan kepada murid.
Perlaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Kurikulum tersirat juga memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantin untuk memberi kesedaran terhadap batasan pergaulan dalam berlainan jantina.

No comments:

Post a Comment