Implikasi Sosiobudaya Kepada Sekolah


KEPELBAGAIAN sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum.
Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah menjadi lebih mudah. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi.

Pengurus yang baik akan dapat mewujudkan iklim sekolah mesra. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti, khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat memanfaatkan sekolah.

No comments:

Post a Comment