Makanan Tradisi Orang Jawa

MAKANAN tradisi ni merupakan lambang sesuatu budaya, memandangkan saya berketurunan jawa kali ni saya nak berkongsi jenis-jenis makan tradisional masyarakat jawa di Malaysia.

NASI AMBENG

Nasi ambeng merupakan makanan wajib bagi masyarakat jawa terutama pada majlis kenduri. Cara yang betul makan nasi ambeng ni dengan 1 dulang dikongsi bersama 4 atau 5 orang tetamu. Dalam satu dulang ni mempunyai nasi, ayam, mee, tahu kering, kacang, ikan masin, serunding, tempe. Bila makan bersama kawan-kawan atau keluarga memang sedap.

PECAL

Yang ni nama dia pecal, memang sinonim dengan selera orang malaysia, Isi kandungan pecal ni seperti tempe, tahu, tauge, kacang, timun, kangkung dan sambal kacang. Cara makan dia campurkan semua kandungan tadi dan gaulkan dengan sambal kacang. Pehh selalu sepinggan tak cukup ni.

TEMPE
Berkas:Indonesian fried tempeh.JPG
Haa.. yang ni tempe.. wajib ada disetiap dapur orang jawa. Tempe ni berasal dari kacang soya yang direbus.   banyak masakan yang boleh dibuat dengan tempe ni tapi paling saya suka tempe goreng, lepastu cicah dengan sampal kicap atau sambal merah, kalau letak KFC kat sebelah tak pandang KFC tu. Tapi tahukah anda pada zaman penjajahan jepun di tanah melayu dulu selain ubi kayu, tempe adalah makanan masyarakat kita ketika itu dan ketika itu tempe dihasilkan daripada BIJI GETAH.

UNGKEP

Masakan ungkep ni juga masakan tradisional masyarakat jawa. Bau saje dah menyelerakan, kalah bau masakan kari. Apa lagi rasa dia, memang menjilat jari. Dengan rasa lemak-lemak manis, sedikit pedas, bau serai yang wangi tu. Sekali cuba mesti nak lagi.

MEE SIPUT

Mee Siput ni selalunya dimakan pada waktu santai, minum petang atau tengah tengok TV ke. Cara makan mee siput ni mudah je gorang agak-agak garing, jangan sampai hangus sudah. Lepas tu hidangkan bersama sambal merah / sambal tumis. Mee siput ni kena makan bersama sambal merah/ sambal kicap baru ada umm..

TEMPEYEK

Tempeyek juga salah satu makanan masyarakat orang jawa, selalunya dihidangkan pada musim perayaan. Bila musim perayaan je baru jumpa tempeyek ni. Nenek saya paling rajin buat tempeyek ni, bila dekat musim perayaan mesti dia akan buat lebih dan bagi bekalan untuk anak-anak dan cucu-cucunya.

SAMBAL GORENG

Sambal goreng ni sedap makan dengan nasi dan lauk-lauk lain, dia punya rasa pedas-pedas manis tu pasti teringat sampai hari ni. Biasanya hidangan ni selalu jumpa time raya atau majlis-majlis tertentu apabila berkunjung kerumah saudara mara atau balik kampung.

Rasanya banyak lagi makanan tradisi orang jawa yang tak sempat saya paparkan. Inn Sha Allah kalau ada masa nanti saya update lagi mengenai makanan masyarakat jawa ni. Kalau ada sumber-sumber mengenai masakan jawa lagi boleh komen di bawah.

3 comments: