Facebook Scammer Di Malaysia


Pada awal tahun 2015 Julie ada menerima inbok di facebook yang menyatakan mahu berkawan dan menawarkan hadiah kerana sudi menjadi rakannya. Julie telah ditawarkan dengan beberapa hadiah dalam bentuk barangan berupa rantai emas, telefon dan beg tangan berjenama dianggarkan dalam RM3,000.00 nilai setiap barang.





Oleh kerana teruja dengan hadiah yang ditawarkan Julie terus menerima tawaran hadiah yang tidak munasabah itu. Selang beberapa hari Julie terima panggilan dari seorang perempuan cina bagitahu telah ada barang untuk Julie dari luar negara tetapi barang tersebut terpaksa ditahan atas sebab yang tidak munasabah dan meminta Julie membuat pembayaran sebanyak RM10,000.00 untuk melepaskan barang tersebut.

Oleh kerana terkejut dengan permintaan bayaran tesebut Julie mahu batalkan penghantaran itu kepadanya tetapi pihak scammer mengugut akan membuat laporan polis dan mendakwa Julie ke mahkamah kerana tidak menuntut barang tersebut. Julie menjadi risau jika didakwa ke mahkamah dan minta ditangguhkan dulu penghantaran tersebut.

Akhirnya Julie telah menceritakan hal tersbut kepada suaminya dan membuatkan suaminya marah kerana berbuat sesuatu tanpa pengetahuaannya. Keesokannya sisuami telah menghubungi scammer tersebut dan ada sedikit per bualan:

Suami : Hello, saya nak tanya pasal penghantaran barang ke isteri saya,

Scam : Owh ya encik barang tersebut masih ditahan, jika tidak membuat pembayaran RM10 ribu, jika tak buat bayaran kami akan buat repot polis dan isteri encik akan dibawa ke Mahkamah.

Suami: Kenapa perlu bayar RM10,000.00 ?

Scam: Itu untuk bayaran melepaskan barangan tersebut yang ditahan di ( sayapun tidak ingat dimana ). Untuk selesaikan kes ini encik perlu bayar RM10,000.00.

Suami: Ok, saya boleh bayar tapi di Balai Polis. kalau kamu nak wang itu jumpa saya di Balai Polis !!

Scam: Tidak boleh encik, pembayaran perlu dibuat secara online.

Suami: Saya tak peduli macamana sekalipun kalau you nak saya buat bayar kita jumpa di Balai Polis !!

Scam: ( Mematikan telefon ).

Sejak dari hari itu langsung tiada panggilan dari scammer tersebut. Modes operandi mereka sangat mudah mencari mangsa di Facebook terutamanya kaum wanita dan menawarkan dengan hadiah. Bagi yang mudah terpengaruh itulah mangsanya.

Step 1 : Mencari mangsa terutamanya golongan wanita dan menyatakan berminat untuk menjadi rakan serta menawarkan hadiah kerana sudi menjadi rakan. Dengan hadiah yang menjadi kegilaan wanita. Si wanita masuk perangkap mereka dan menerima hadiah tersebut.

Step 2 : Menyamar sebagai pihak penghantaran dan menghubungi mangsa dengan memberitahu barang yang dialamatkan kepada mangsa ditahan atas sebab-sebab tertentu dan minta membuat pembayaran.

Step 3 : Mengugut mangsa akan membuat laporan polis dan membawa kes ke mahkamah sekiranya mangsa enggan membuat pembayaran. 

Step 4 : Mangsa menjadi takut akan didakwa / dipenjarakan terus membuat pembayaran jumlah yang diminta.

Step 5 : Setelah mendapat wang yang diminta scammer terus menghilangkan diri.

Kes ini berlaku pada sahabat saya sendiri dan semoga dapat membantu anda jika mengalami perkaran ini. Banyak cerita yang saya pernah dengar pasal aktiviti scammer ini hingga melibatkan kerugian ribuan ringgit kepada mangsa. Sepertimana PDRM pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini pasal scammer ni mereka menyamar sebagai 3 pihak untuk meyakinkan mangsa bahawa mereka mempunyai link dengan undang-undang iaitu pihak SYARIKAT, MAHKAMAH dan POLIS. Bayangkan jika seorang mangsa ditipu RM10,000 dalam masa sebulan mereka dapat menipu 30 orang mangsa, hasil penipuan sebulan berjumlah RM300,000.00. Semoga dapat membantu anda jika berhadapan dengan kegiatan mereka.


  Jika anda sedang berada seperti situasi diatas, percayalah mereka sedang menipu anda... berwaspadalah... jangan biarkan nasi menjadi bubur.  

1 comment:

  1. Oakley Titanium sunglasses - Titianium Art | Titianium Arts
    Oakley Titanium lenses are premium quality with their titanium frame glasses high performance performance lenses that are thunder titanium lights perfect for many solo titanium razor people who where can i buy titanium trim just where is titanium found want a full-colour

    ReplyDelete